Monday, May 24, 2010

Cara membasuh CD dan penjagaannya


CARA MEMBASUH CLOTH DIAPERS

  1. Prewash 2 kali sebelum guna tanpa menggunakan sabun .
  2. Buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau dan masukkan ke dalam baldi.
  3. Masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh.
  4. Gunakan sabun paling murah di pasaran, tiada peluntur tiada bahan kimia yang terlampau.
  5. Gunakan Laundry Net untuk menjamin jangka hayat CD anda.
  6. Sidai (seeloknya di bawah cahaya mentari).
  7. Angkat dan masukkan insert siap2 utk penggunaan siang (1 insert) dan malam (2 inserts). tapi tengok juga kekerapan anak anda membuang air... kalau kerap boleh juge siang pakai 2 insert.
  8. Awas!!! jgn gunakan peluntur atau sebarang pelembut kain. Ini akan mengurangkan daya serapan CD.
  9. Sekiranya ada terguna pelembut kain, CD perlu dilakukan STRIPE...



CARA PENJAGAAN CLOTH DIAPERS

  • Tidak perlu dan tidak boleh di bilas menggunakan pelembut. Ini boleh membuatkan ia kurang daya penyerapan
  • Tidak boleh diseterika
  • Apabila lampin terkena najis, bilas dalam mangkuk tandas. keluarkan insert dan kemudian cucilah
  • Untuk tahan lebih lama, masukkan ke dalam laundry bag sebelum dimasukkan ke dalam washing machine.
  • Sekiranya ada kotoran degil pada insert, boleh cuba hilangkan menggunakan asam limau atau cuka. Jangan gunakan Clorox atau peluntur. Kemudian anda bolehlah bilasnyer.
  • Selepas di gunakan beberapa bulan dan merasai ia kurang penyerapan, perlulah melakukan strip diaper, iaitu untuk menghilangkan sebarang lapisan kalis air yg terbentuk dari mendapan sabun pencuci yg kita melekat yg selalu digunakan.


CARA MELAKUKAN STRIPE


1. Masukkan 1/2 cawan cuka makan ke dalam 1/2 baldi air

2. Rendamkan insert dan lampin selama 10-15 minit.

3. Bilas dan keringkan. anda akan mendapati lampin dan insert akan lebih ringan

No comments:

Post a Comment