Tuesday, May 25, 2010

Apa dia cloth diapers


Saya rasa mungkin anda semua nak tahu, apa sebenarnya CD nih kan?? Macam saya mula2 dulu pon memang zero pasal diapers nih... selepas buat research baru saya paham. Saya cuba terangkan semudah yg mugkin bg mereka yag pertama kali dengar pasal CD nih..

Sebenarnya, CD atau Cloths Diapers merupakan Lampin Moden yang direka khas dan didaptasikan dari pemakaian lampin masa zaman2 kita dolu.. dulu2 kan tak ade lampin pakai buang.. mak2 kita cuma lipat dan bentukkan kain lampin supaya kita boleh pakai.

Tapi dengan design CD yg serba pratikal dan mudah ini, yang diperbuat dr fabrik yg terbaik menyebabkan ianya tidak mudah bocor, lebih cepat menyerap, tahan lasak dan lebih selamat berbanding dengan penggunaan Disposable Diapers yang lebih mendatangkan keburukan sebenarnya.. Lagi istimewa ianya sgt lembut dan selesa utk bayi anda dan mudah dibasuh walaupun dengan'washing machine' serta cepat kering.

Lapisan luar (outer) lampin kain ini biasanya daripada fabrik PUL atau polyurethane laminate yang dicipta untuk ketahanan di dalam mesin basuh.

Lapisan dalam (inner) daripada microfleece atau suece yang membuatkan kulit bayi sentiasa kering. Ia juga kalis pada kotoran di mana najis akan mudah tertanggal tanpa perlu direndam.

So, saya harap anda semua faham serba sedikit mengenai CD ini.

No comments:

Post a Comment